Monday, March 21, 2011

Eira Syazira - Di Hati Ini [OST Ustaz Amirul]

Drama terakhir pelakon yang menjadi buah mulut wanita2 di luar sana, Ashraf Muslim. Ashraf Muslim dikatakan telah menamatkan kareernya sebagai pelakon pada akhir tahun lepas dan kini telah menjadi pembantu perubatan sepenuh masa (partner) di Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah yang di asaskan oleh Hj. Lokman Abdul Hamid.



Drama ini memaparkan kisah perjuangan Ustaz Amirul dalam mengharungi ranjau kehidupan yang berlaku dalam dan sekitar hidupnya.

Sinopsis :


Drama Ustaz Amirul TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir.

Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.

Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Tulusnya hati Munirah apabila memahami keadaan di antara Ustaz Amirul dan Adawiya. Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Adakah Ustaz Amirul akan mengawini Adawiya, kekasih hatinya sejak dulu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini, yang dipertontonkan kepada penonton bermula 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam, di slot Zehra, hanya di TV3!

* Di bawah ni F ade sertakan link untuk download MP3, tapi audio dia tak berapa bagus. F dah puas cari lagu ni yang full tapi tetap tak jumpa. So, lagu ini je yang ade, setakat nak dengar tu tak ade masalah lah.*

Laaayaaannnnnnnn.......

Di Hati Ini - Eira Syazira [OST Ustaz Amirul]
Klik Untuk Download MP3(klik kanan dan open in new tab)

Lirik :


Masihkah terbayang rasa ku padamu
Ketika cinta diselimut bayu
Bintang malam menjadi saksi rindu
Ku sangka kau milikku

Waktu yang berlalu,
makin memahamkan ku
Jalan yang sukar terpaksa ditempuh
Perpisahan merungkaikan kalbuku
Aku sedar diaku bukan yang satu

Maafkanlah kekasih ku
Cinta kita tidak berpadu
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/eira-syazira-di-hati-ini-ost-ustaz.html
Tinggalkan saja kisah dulu

Biarkan berakhir begitu
Sakit luka yang terasa
Pedih lagi bila bersama tak terdaya melawannya
Pasrah ku segalanya

KREDIT 1, KREDIT 2

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger