Saturday, December 25, 2010

Kanser Servik, Pencegahan Adalah Lebih Baik!!

Ingin dikongsi di sini, satu penyakit yang menyerang kaum wanita iaitu  KANSER SERVIK.

Kanser Servik adalah =>>

- Kanser pangkal rahim.
   *Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.*
- Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
- Ia boleh terbahagi kepada :
   **Peringkat awal - Berlaku di sekitar servik**
   **Peringkat lewat - Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah**

- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah yang menyebabkan terjadinya Kanser Servik?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV(Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.



Gejala yang dialami =>>

- Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid
- Sakit
- Kehadiran darah beku
  *Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual*
  *Sakit semasa hubungan seksual*
  *Perdarahan dari vagina selepas putus haid*
  *Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina*
- Berbau
- Bercampur darah

(Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala di atas.)

Mencegah lebih baik dari merawat. Kanser Servik boleh dicegah melalui =>>

- Amalkan cara hidup yang sihat.
- Setia pada pasangan anda.
- Lakukan Pap Smear setiap 3 tahun.
- Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
- Seelok-eloknya adalah buat pemeriksaan dan jumpa doktor.
- Pelalian HPV

Fakta Mengenai Pelalian HPV =>>

- Suntikan pelalian ini dijalankan sebanyak 3 kali.
- Vaksin ini bebas dari sebarang bahan yang tidak halal.
- Vaksin ini selamat untuk digunakan.

Kepada ibu-ibu pastiakn anak anda yang berusia 13 tahun mendapatkan pelalian HPV ini secara PERCUMA di sekolah.

Kepada gadis-gadis pastikan anda mendapat pelalian ini di klinik berhampiran.

Dan kepada wanita yang sudah berumahtangga pastikan anda lakukan pemeriksaan Pap Smear bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit ini.








Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di (info sihat) dan (myhealth)

kredit to (info sihat) dan (gadisdanwanita)

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger