Saturday, April 02, 2011

Artis 'D' Tidak Hormat Rakan Artis


Woooww..... Agaknye apa yang F bawakan kali ini. F just nak kongsikan sesuatu. Sebelum F mulakan F cuma nak ingatkan, F just kongsikan ini hanya kerana F mahukan Si 'D' ini sedar. Dan bukan untuk mengaibkannya.

F ada menonton satu rancangan gosip di salah satu TV swasta  di Malaysia ini yang menceritakan berkaitan dengan artis. Tengah F syok duduk tengok, F seakan tergamam dengan kenyataan seorang artis ni. Boleh dia akui yang dia tak hormat rakan artis yang lain. Wow! berani sungguh buat kenyataan begitu.

Apa yang membuatkan beliau berkata begitu hanyalah di sebabkan Bunga. 'D' ini dikatakan tidak memberi bunga pada dua artis ini. Dan kemudian dua artis ini terasa hati kerana diperlakukan sebegitu.

Dua artis ini membuat kenyataan yang mereka tidak dapat bunga dari 'D' sedangkan yang lain dapat. So, pihak rancangan TV ini menemu bual si 'D' dan apa yang 'D' jawab. "Bunga yang i sediakan hanyalah untuk orang yang i hormati" lalu wartawan bertanya " U tak takut ke kalau dua artis ini terasa hati dengan kenyataan U yang tidak menghormati mereka?" . Kemudian 'D' menjawab " i dah cakap i hanya beri bunga ini kepada orang yang i hormati dan yang lain tu faham2lah" (lebih kurang begitulah sesi temubual mereka).

F cuma terkejut, boleh dia kata begitu dalam rancangan gosip sebegitu. Sekarang F rasa mereka bertiga sememangnya bermusuhan. F cuma nak cakap pada 'D', walaupun kita tak hormat orang itu sebagai rakan kita, sekurang2nya hormat orang lain sebagai manusia. Janganlah nak buat keterangan yang akan menambahkan permusuhan satu perhubungan dalam satu industri. Kita rakyat Malaysia, Budi Bahasa Budaya Kita.

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger