Saturday, March 05, 2011

Dalam Diamku - Siti Nurhaliza ft Krisdayanti [OST Trilogi Cinta]

Satu lagi cerita yang sungguh berdrama adaptasi dari 3 buah Novel hebat iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis impian dan Tiada lagi mimpi karya Sharifah Abu Salem maka terhasillah Drama Trilogi Cinta. Drama ini ditayangkan di saluran 1 RTM, setiap malam Ahad hingga Selasa, pada pukul 10. Drama 40 episod ini membarisi pelakon Rosyam Nor (Razif),  Amyza Adnan (Salmi), Fouziah Gous (Norjinah) , Siti Fazurina (Nerseha) dan ramai lagi.



Sinopsis Trilogi Cinta
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?
Kredit to This Web

Drama ini bertemakan Lagu gabungan Dato' Siti Nurhaliza Dan penyanyi dari Indonesia Krisdayanti bertajuk Dalam Diamku. Erti lirik lagu yang sungguh bermakna di tambah pula dengan shahdu dari 2 Diva yang popular.

Laaayyyaaaaaaaaaaannnnnnn............

Dalam Diamku - Dato' Siti Nurhaliza FeaT Krisdayanti
 [OST Trilogi Cinta]
Klik Untuk Download Mp3





Lirik :

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/dalam-diamku-siti-nurhaliza-krisdayanti.html

**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada


Kredit to This Web

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger