Tuesday, March 22, 2011

Aku 'Fedup’ Lah BF/GF Aku Suka Bagi Alasan Bila Ajak Keluar

Panjangnnya tajuk F kali ni. Kalau cakap pasal pasangan ni, F bukan lah arif sangat tapi sekadar ingin berkongsi tu boleh lah. F pun pernah ‘fed up’ jugak dengan somebody kalau cukup suka bagi alasan. Kalau korang plak ‘fedup’ pasal apa? Pasal korang ajak keluar tapi dia macam mengelak nak keluar.

Sebenarnya orang yang suka bagi alasan ni mesti ada sebabnya. Itu kita kena pastikan sendiri apa sebab dia. Apa yang F kaji sebelum ni, ada lah beberapa sebab yang selalu je orang bagi alasan.

Yang pertama :: sudah semestinya dia tak suka atau tak setuju. Orang ni kadang tu tak suka cakap depan-depan atau lebih mudah cakap terang-terang tanpa berlapik. Dorang cakap pun berlapik dan bagi kita plak dorang ni suka bagi alasan. Buat kita menyampah kadang tu betul tak? Tapi hakikatnya kita tak memahami sebetulnya. Dia bagi alasan sebab tak mahu kita tahu yang sebenarnya dia tak suka apa yang kita suggest kan tu. So, mudah bagi dorang, dorang cipta alasan sendiri asalkan kita percaya dengan alasan dorang tu. Biarpun kadang tu alasan tu dah lapuk di zaman.

Yang Kedua :: ofcoz la dorang ni menipu. Mana ada orang dalam dunia sekarang ni tak menipu, tak kiralah menipu sunat or menipu wajib (ade ke? F pun tak pasti, dengar orang selalu sebut je, hehe..). Kaki Tipu a.k.a. Kaki Alasan! Boleh ke kalau nak titlekan macam tu. Tak kisah lah tapi yang pasti kalau nak bagi alasan tu selalunya memang dorang akan menipu. Tapi tak semestinya dorang tipu tu atas sebab yang tak baik. Mungkin nak jaga hati kita, maka terciptalah alasan. Janganlah kita cepat mengandaikan yang alasan dorang tu saja nak memperbodohkan kita.

Yang Ketiga :: Alasan ooo Alasan.... alasan dengan manusia ni memang susah nak pisahkan. Ada jugak orang yang hidup bergantung dengan alasan ni. Biarpun alasan tu tak munasabah tapi kalau dah orang yang di tipu itu percaya, maknanya alasan itu berjaya. Sebagai contoh “ i tak dapat jumpa u petang ni, coz mak i sakit”.. ada jugak orang yang macam ni, suka main2kan sakit ni, bagi kita pulak mudah percaya, yalah pasal sakit siapa yang tak percaya. Tak kiralah alasan nenek sakit, atuk sakit, adik sakit, asal yang sakit je ofcoz kita percaya. Tapi kita tak sedar itu Cuma alasan atau penipuan sahaja. Maka hati2lah ye orang di luar sana, kalau boleh siasat dulu. Tapi jangan terlampau prajudis, sampaikan mak dia betul2 sakit tapi kita tetap tak percaya.

Zaman serba canggih sekarang ni macam2 boleh terjadi. So, bergantung pada diri kita macam mana nak lalui hari2 kita tanpa kita menjadi mangsa dengan dugaan dunia ini.



*ni jela F nak kongsikan, walaupun tak seberapa tapi Cuma nak orang di luar sana berhati2*

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger