Impian Yang Kini Menjadi Satu Harapan
Sinopsis :
Pelakon Shahz Jazle diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah. Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.
Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.
Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).
Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.
Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah. Ruhana yang mempunyai hati dengan Saifullah namun di bidas olehnya. Lalu Ruhana mempermainkan cinta Umar bagi membuat Saifullah sakit hati. Pergolakkan berlaku di antara dua rakan baik itu di sebabkan api-apian dari Ruhana. Saksikan kisah selanjutnya di TV3.
Para pelakon dalam Gemilang
Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong). TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam.
Lagu yang di dendangkan oleh Adi Mentor ini menjadi lagu tema kepada drama ini bertajuk Suatu Ketika.
Laaayyyaaannnn.........
Adi Mentor - Suatu Ketika [OST Gemilang]
Klik Untuk Download MP3(klik kanan dan open in new tab)
Lirik :
Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/adi-mentor-suatu-ketika-ost-gemilang.html
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/adi-mentor-suatu-ketika-ost-gemilang.html
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah
Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
0 komen korang:
Post a Comment