Tuesday, March 29, 2011

TERBARU :: Gambar Pelajar Akademi Fantasia 9 [2011]


Ini dia senarai 12 pelajar AF 9 yang telah berjaya. Enam pelajar perempuan yang terdiri dari LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA manakala 6 pelajar lelaki ialah AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY. 3 orang dari 12 pelajar terbabit adalah bekas rancangan realiti. Siapa?


Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, asal dari Kl, berumur 20 tahun, pelajar IPT Aswara. Pernah memasuki rancangan realiti sebelum ini iaitu Mentor dan menjadi Protege kepada Jaclyn Victor.
Nera atau nama asal Quennera Francine Francis Kitingon, umur 19  tahun asal Sabah, pelajar.


Alif Afif Tirmizie, umur 25 tahun, asal dari Selangor, pekerjaan asal ialah Jurucakap syarikat perniagaan. Pernah memasuki rancangan realiti sebelum ini iaitu Mystarz LG.
Nuratiqah Shariffudin, umur 22 tahun , asal dari KL, pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University.


Azri atau nama asal, Mohamad Azri Abdullah, berumur 24 tahun, pemuzik Gamelan, asal Selangor. Juga pernah menyertai rancangan realiti sebelum ini sama seperti Afif iaitu Mystarz LG.
Roshammizah Rosli, umur 27 tahun, asal Selangor, pekerjaan: Pengajar /tutor di kolej.


Amirullah b Jahari, umur 19 tahun , pelajar Aswara dan asal dari Sarawak.
Laika atau Zulaikha Zahari, umur 22 tahun, asal Cheras, pekerjaan asal dulu berniaga.


Kay atau Nurkahidir Muhid, berumur 22 tahun asal Kuala Lumpur dan bekerja sendiri. 
Aida atau Nursuhada Jebat , berumur 19 tahun, asal dari Melaka, pelajar Uitm Shah Alam.


Lena atau Lenaber bt Hadir, asal Sabah, umur 21 tahun dan bekerja sebagai peniaga. 
Raqib atau Fahrur Raqib b Abd Majid asal dari Melaka, pelajar.

Konsert tirai akan diadakan pada 2 April 2011 jam 9 malam di Astro Ria. Nantikan persembahan 12 pelajar tu, dan yang mana satu kah jadi pilihan anda.

Akademi Fantasia 9 masih mengekalkan Cikgu Shafi dan Cikgu Fatimah Abu Bakar sebagai tenaga pengajar, manakala Cikgu Aris yang pernah muncul dalam Akademi Fantasia 7 kini kembali menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia 9. Bekas pengkritik Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura pula telah terpilih memasuki barisan tenaga pengajar untuk musim ini.

Cikgu Shafi akan memegang jawatan sebagai Guru Vokal Teknikal, Cikgu Aris sebagai Guru Tari, Cikgu Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan, Cikgu Fatimah sebagai Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris dan Adlin Aman Ramli sebagai Guru Seni Lakonan.

Sumber Dari Nurizspace.Com

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger