Friday, March 04, 2011

Marshanda - Sejuta Cinta [OST Sejuta Cinta Marshanda]

Satu lagi Sinetron dari Indonesia yang menjadi tayangan hebat di Malaysia. Mungkin ada yang kenal dengan Marshanda, sudah banyak Sinetron yang di tayang di Malaysia atas lakonannya antaranya Aqso dan Madina yang ditayangkan di TV9 satu ketika dulu. Bertemakan lagu Ketulusan Hati nyanyian Marshanda sendiri.



Drama/Sinetron Sejuta Cinta Marshanda ini dilakonkan oleh Marshanda sendiri sebagai watak utama, Baim Wong sebagai Delvin, Ben Kasyafani sebagai Ben, Alice Sofie Norin sebagai Merry, dan seorang pelakon dari Malaysia (mungkin bekas pelakon Malaysia) Ashraf Sinclair yang sudah menjinakkan diri untuk berlakon di industri lakonan Indonesia. Setelah mengahwini Bunga Cinta Lestari, Ashraf membuat keputusan untuk menetap di Indonesia, lantaran mengikut jadual kerjanya dan Bunga. Kefasihan Bahasa Indonesianya sudah agak lancar memandangkan sudah lama tinggal di sana. Wataknya sebagai Abel di dalam drama ini dapat membuktikan bahawa tidak mustahil bagi pelakon Malaysia untuk bergerak di dunia seni di negara orang.

Drama 61 episod ini ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin Hingga Khamis Pukul 2pm - 3pm. Cerita ini mengisahkan tentang perjuangan seorang gadis cantik yang jujur untuk mendapatkan cinta sejati dan turut terperangkap dalam cinta tiga segi. Marshanda dan Delvin bercinta tetapi mendapat tentangan dari ibunya Delvin. Marshanda dan Delvin terpisah kerana ibu Delvin tidak suka dengan Marshanda yang dikatakan miskin. Ibu Delvin yang sombong itu ingin menjodohkan Delvin dengan wanita pilihannya. Diselitkan pula dengan kisah masa silam yang berlaku diantara ibu Delvin dengan ibu Marshanda yang pernah berkawan baik tapi berpisah.

Cinta Marshanda dan Delvin diuji dengan pelbagai dugaan. Dua kekasih cuba berjuang bagi mendapatkan restu ibu Delvin. Kemudian muncul  Merry menimbulkan konflik di antara Marshanda Dan Delvin. Merry dalam diam menyukai Delvin dan terus cuba untuk merebut cinta Delvin. Menggunakan tektik hipokrit berbaik dengan Marshanda dan Delvin. Ben pula mengambil kesempatan dalam konflik hubungan Marshanda dan Delvin dan cuba menarik hati Marshanda. Ashraf Sinclair pula antara watak lelaki yang juga berkenan dengan Marshanda. Penuh konflik, drama, dan adegan yang tidak di duga. Mampukah cinta Marshanda dan Delvin menangani semua dugaan yang datang? Apakah rahsia di antara ibu Delvin dan ibu Marshanda? Jangan lupa saksikan episod yang berikutnya.

Laayyaaaannnnnnn............

Marshanda - Sejuta Cinta Ost Sejuta Cinta Marshanda







Lirik :

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/marshanda-sejuta-cinta-with-lirik-ost.html

Reff :
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Back to Reff : 2x

Sudah memang sudah




Kredit to This Web

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger