Tuesday, March 15, 2011

Tips Elak Jenayah Siber



Sebagaimana yang kita tahu sekarang terlalu ramai orang menggunakan internet sebagai aktiviti harian, tidak kira untuk pekerjaan, belajar atau apa-apa yang menjadi keperluan orang zaman sekarang. Namun sedarkah kita, jenayah yang tidak hanya berlaku di alam nyata sahaja, akan tetapi ianya tetap berlaku di alam maya. Justeru, bagi kita yang selalu menggunakan internet setiap hari, jangan ambil mudah terhadap perkara sebegini. Banyak yang berlaku di negara kita sendiri, ada yang di tipu beribu-ribu ringgit, tergadai maruah dan macam-macam lagi hal yang berkaitan dengan siber ini. Dan semua itu tidak mustahil berlaku kepada anda. Di sini ada beberapa tips untuk anda mencegah sebelum terlambat.
  • Jangan balas mesej yang bertanyakan maklumat mengenai diri anda. Terutama maklumat kewangan anda contoh akaun bank anda. Jika anda was-was, jangan sesekali memberi maklumat tersebut melainkan ianya boleh dipercayai seperti Laman Web yang sudah mempunyai muhibah, contoh laman web kerajaan.
  • Jangan berkongsi masalah peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia menghadapi bahayanya. Segelintir remaja sekarang suka berkongsi masalah, tapi akhirnya kecundang dengan ayat-ayat manis yang di beri sebagai ayat pujukan. Berhati-hati dengan perkara sebegini, tidak semua orang yang berada di alam maya boleh kita percaya 100%.
  • Pilih nama yang  tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang. Seelok-eloknya sebegitu, memandangkan penjenayah siber (lelaki) akan mencari mangsa (perempuan) melalui nama singkatan anda (nickname).
  • Simpan mesej yang menganggu dan mengancam anda. Jika anda menerima apa-apa mesej dari laman web yang anda tidak kenali dan ianya mengancam anda. Dengan segera, Emelkan ia kepada Malaysia Computer Emergency Respone Team [MyCERT] di cyber999@cybersecurity.my.
  • Lakukan carian ke atas diri anda menggunakan enjin carian yang terdapat di internet sebagai contoh Google bagi memastikan tiada maklumat peribadi tentang diri anda dipaparkan oleh orang lain. Jika terdapat maklumat anda yang tersebar di sesetengah laman, sila mendapatkan khidmat nasihat daripada Cyber Securitty Malaysia.
  • Jika anda melayari sesuatu laman web, anda merasakan ada yang tidak kena dan berasa kurang selesa, segera log keluar dari laman tersebut. Kadang kala laman web yang sebegini selalu keluar Pop Up ke skrin anda. Tutup laman tersebut sekiranya ianya laman yang tidak berkaitan.
  • Elakkan melayari laman web lucah, melalui laman web lucah, banyak penjenayah yang kita tidak sedari akan menggunakan taktik mudah untuk memperdayakan kita. Ianya juga mendatangkan bahaya kepada komputer anda, selalunya laman web lucah ini boleh menyebabkan komputer anda menerima virus.
Jika anda ada pertanyaan atau untuk maklumat lebih lanjut, jangan segan-segan layari laman web security Malaysia.




Klik Gambar Untuk Ke Laman
Talian CyberSecurity Malaysia : 1-300-88-2999

*F selalu dapat email dari entah siapa tak tahu, suruh isi maklumat F, selalunya datang dari luar negara. F pernah isi sekali dulu, F cuma bagi alamat dan no telefon. Beberapa minggu lepas tu, F terima surat iklan macam2, lepas tu handphone F tak henti2 masuk mesej yang suruh kita daftar percuma, padahal Kredit kite kena tolak lepas tu.. member F pernah kena, topup RM10 tak sampai 10minit dah habis. Hati-hatilah anda semua dengan jenayah siber ni, cukup bahaya*

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger