Lelaki macam mana yang dimaksudkan dengan tajuk entry di atas? Lelaki yang banyak ragam ke? Lelaki yang kuat shopping ke? Atau lelaki yang kuat merajuk?
Lelaki kuat merajuk? Betul ke? Selalu perempuan yang macam tu, takkanlah. Yup, itulah persoalannya. Lelaki kuat merajuk ni ramai ke? Kalau nak jawab soalan tu baik kita cermin diri sendiri (bagi lelaki) atau tengok orang sekeliling kamu (bagi perempuan). Betul ke mereka ni kuat merajuk?
Perkataan merajuk sudah sememang ‘familiar’ dengan jiwa perempuan. Suka merajuk dan suka dipujuk. Itu sudah kelaziman. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang suka merajuk ni. Lelaki ni betul-betul lelaki ke? Faham kan maksud dia?
Sebenarnya lelaki jenis macam ni ramai. Ramai? Haa.. lelaki di luar sana jangan marah dulu, dengar dulu sini. Merajuk ni dispesifikasikan dengan keadaan jiwa atau emosi seseorang. Terlalu bermain dengan emosi atau tidak endah apa itu emosi. Semua bergantung pada diri masing-masing.
Memang kita tahu yang mana lelaki ni memang tak suka merajuk. Sebab apa? Sebab egokah? Sebab malukah? Sebab nak tunjuk kejantanankah? Itu kena tanya tuan punya badanlah. Apa yang kita selalu perasan, lelaki memang selalu mengendahkan keadaan emosi. Selalu buat tidak tahu. Tidak suka melayan perasaan sendiri. Betul ke? Memang betul tapi tak semua.
Salah ke lelaki merajuk? Tak salah... yang namanya manusia tetap ada perasaan, betul tak? Maka apa salahnya kalau memikirkan sedikit mengenai emosi. Cuma lelaki bermain dengan emosi tidak sama seperti perempuan. Mereka tidak mahu menyerlahkan emosi mereka. Maka, kadang tu orang salah anggap yang lelaki ni kurang perasaan. Namun hakikatnya, jika diperdalami jiwa mereka, kamu akan tahu apa sebenarnya keadaan emosi mereka. Mereka tidak menunjukkannya sebab apa, dan kenapa. Mungkin tidak mahu kamu berasa yang mereka ini lemah. Lelaki dilahirkan untuk menjadi kuat bukan, jika tidak siapa yang akan kuatkan kamu(perempuan) kalau tidak lelaki di samping kamu.
Lelaki emosi atau lelaki sensitif. Ada ke? Yup.. memang ada. Lelaki jenis ini boleh dikatakan mempunyai jiwa yang hampir dengan perempuan tetapi tidaklah mereka ini perempuan atau yang dipanggil oleh segelintir masyarakat (makyah). Mereka Cuma terlalu bermain dengan perasaan sendiri. Yang mana membuat hati terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling.
Lelaki memang suka merajuk atau sengaja mencari perhatian? Atau boleh dikatakan mengada-gada? Selalunya keadaan ini selalu berlaku pada ‘couplecouple’ di luar sana. Melalui survey yang pernah dibuat dulu. Kata perempuan,” mereka ni mengada-ngada, saja nak curi tumpuan.” Perempuan di luar sana setuju ke? Mungkin ada yang setuju ada yang tidak. Selidiklah sendiri ‘BF’ masing-masing. Lelaki pula, betul ke kamu begitu? Kamu saja yang tahu diri kamu.
Lelaki yang suka merajuk ni, janganlah terlalu ikutkan emosi atau perasaan kamu. Tidak semua orang suka sikap kamu begitu. Biarlah berpada-pada. Kamu lelaki, jika kamu beremosi dan perempuan pun beremosi, tak ke manalah. Pi mai pi mai tang tu jugaklah.
0 komen korang:
Post a Comment