Alangkah bagusnya kalau bekerja sendiri. Gaji sendiri, buat kopi sendiri, susun pejabat sendiri, pokoknya semua sendirilah. Gaji pula tidak perlu terlalu risau, kalau bisnes bagus, dapatlah keuntungan banyak, kalau bisnes kureng, terpaksalah gigit jari. Tapi yang bagusnya, tak perlu nak dengar orang berceramah (bos), tak perlu nak kena buang kerja, tak perlu nak tension2 dengan rakan sekerja. Namun, apa2 pun, bila kerja sendiri tetap ada risikonya.
Di sini bukanlah nak cerita tentang orang yang bekerja sendiri, tapi tentang pekerja makan gaji. Apa kesudahan bagi hidup mereka? Hidup bergantung dengan gaji yang diterima tiap-tiap bulan dari majikan. Untuk menampung diri, keluarga, macam2 lagilah. Apa yang nak dikongsikan di sini bukanlah penyelesaian tapi lebih kepada persoalan dan sesuatu yang kita boleh fikirkan apa yang terbaik dan dibawa renungan bersama.
Gaji? Sememangnya penting
Sudah memang itu yang kita nantikan bila kita bekerja. Mahukan imbuhan bagi tiap kerja yang kita lakukan. Bila waktu terima gaji, rasa macam dunia ni kita yang punya. Dalam kepala macam2 perancangan, seperti sudah ada list untuk beli apa nanti. Tapi sedarkah kita? bila tiap-tiap bulan gaji yang kita dapat tetap sama. Tiada peningkatan. Bukanlah kita tak bersyukur, tapi tak salah kalau kita mahukan yang lebih baik untuk kita dan keluarga. Bukan semua yang kita mahu kita dapat kalau gaji sebanyak itu sampai bila2.
Pangkat Naik Tapi Gaji?
Bila dengar bos cakap kamu akan dinaikkan pangkat. Wow! happy sangat time tu, lagi sekali rasa yang dunia ini kita yang punya. Tapi hakikatnya kita tak tahu, bila pangkat naik, semua tanggungjwab pun jadi berat, bila cek2 rupanya gaji tak naik. Wah, masa tu memang rasa bengang gila dengan bos, biarpun pada asalnya tadi kita puji bagai nak rak sebab naikkan pangkat kita.
Kerja Ala Kadar Tapi Semua Dapat
Apa kesnya ni? Memang geram gilalah kan bila kita tengok orang yang kerja tak seberapa tapi gaji dan pangkat semua naik. Nak pula tu pekerja kesayangan bos. Tapi hakikatnya, orang yang jenis ni takkan kekal lama. Semua hanya sementara, bila sesuatu datang sekelip mata, ia akan pergi sekelip mata juga.
Bos Lari, Gaji Hangus!!
Siapalah yang pernah lalui situasi seperti ni. Kasihan sungguh. Kerja berhempas pulas, tapi akhirnya kena tipu dan bos lari tanpa dapat dikesan. Bersabarlah wahai Sipulan.
Jadi Bos Kepada Bos
Pernah ke jadi bos kepada bos ni? Perkara yang amat menyeronokkan bila menjadi bos kepada bos kita sendiri. Itu maknanya, memang kepandaian anda diluarjangkaanlah, sampai boleh capai ke tahap itu.
Perkara Paling Cerdik
Bila anda datang lambat tapi bos tak tahu. Macamana anda buat? sungguh clever ye. Anda memang seorang yang bertuahlah tu. Tapi harus diingat, setinggi mana tupai melompat (hah! sambung sendiri).
Perkara Bodoh
Bila anda dengan bangganya mengakui yang anda ni memang seorang yang malas. Secara tak langsung akan jatuhkan kredibiliti anda dan orang lain akan pandang lain pada anda.
Cakap Lain Maksud Lain
Ini sudah menjadi kebiasaan antara bos dan pekerja, bila bos cakap sesuatu tapi dia maksudkan lain, lepas tu kita pula faham lain. Mana taknye, memanglah akan jadi lain. Betul tak? Tapi perkara paling best adalah anda kenakan bos anda... Ada Berani??
Kita Buat Kerja Orang Dapat Nama
Ini lagi satu hal yang buat kita sakit hati. Bila kita buat sesuatu kerja yang bos suruh, kita bagai nak mati buat kerja tu, tapi last2 orang lain yang dapat nama. Mana tak benggang kita dibuatnya. Sabar ye. Apa lagi, sekarang masanya anda tonjolkan diri anda.
'Talam Dua Muka' Bahaya!!
Jangan sesekali macam ni woo... sungguh bahaya. Anda memang berada ditahap yang bahaya kalau anda jadi orang yang sedemikian rupa. Yang talam bermuka2 tu lagilah bahaya. So, anda jadilah talam yang ada satu muka sahaja. Sungguh perofesional.
Apa2 pun, perkara yang baik atau buruk sebenarnya pokok pangkalnya atas pada diri sendiri.
Yang mana di buat betul, betullah jadinya. Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
0 komen korang:
Post a Comment