Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Selamat Tahun Baru!!
Happy New Year!!


Lap Lip Lap.. sudah masuk tahun baru..
Hari ni Awal Muharram 1432h..

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Salam Maal Hijrah untuk semua..
Moga dengan kedatangan tahun baru ini membawa banyak keberkatan kepada kita semua.
Dan juga moga segala dosa kita pada tahun lalu di hampuskan oleh Allah SWT,
Serta Semoga Allah pelihara kita dari segala dosa dan bencana pada tahun ini.
INSYA-ALLAH!

Sekarang tahun baru, so mesti ada azam baru betul tak..??
Takkan tahun baru masihi je kite ade azam baru, kite mesti seimbangkan...

Azam tahun baru aku..??
sebenarnya banyak, kalau nak tulis ni mmg habis sehari la, hehe..
takde la.. Erm.. Azam aku>>
- mahu buang segala kotoran yang ada kat diri aku ni, tak kiralah luar or dalam... (cam pelik je kan)
- Aku nak jadikan tahun ni tahun aku meraih kejayaan atas usaha sendiri, ape dia?? tungguuuu...
- Aku nak wujudkan perubahan yang baik dalam hidup aku... aku akan usahakan.. InsyaAllah..
cukup la 3 dulu, taknak mention2 sgt nanti tak tercapai azam aku.. hehehe..
And ape plak azam korang?? korang mesti ade azam kan?? kongsi la kat sini..
Ku Kongsi Laman Ku

Hah!! korang ingat tak lagu nih.. Awal Muharram detik permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah, Perpindahan Nabi dan Umat Islam, Dari Kota Mekah ke Kota Madinah...
tak kiralah korang ingat atau tak.. jom kita nyanyi same2..

Awal Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah.. 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah 


Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta 


Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan 


Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah.. 
Tingkatkan Semangat 
Sebarkan Syiar Islam.. 
Untuk Sepanjang Zaman.. 
Untuk Sepanjang Zaman..




Link ni aku dapat dari teman blog..  just nak kongsi dengan korang Peristiwa Maal Hijrah. KLIK2

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger