Friday, March 25, 2011

6ixth Sense - Menyesal [OST Asmara 2]

Drama Asmara 1 mendapat sambutan dari penonton tidak lama dulu. Kini, Asmara 2 pula menyusul dengan lebih drama, pengorbanan, penderitaan dan kasih sayang. Drama 13 episod ini membarisi pelakon tanahair iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).


Sinopsis :

Cerita bersambung dari Asmara 1, Zaliya yang dikatakan meninggal dunia namun sebenarnya dia hanya  koma. Bapa Zaliya menipu Asmara mengatakan bahawa Zaliya telah meninggal dunia. Rahsia tu cuma Sahlan, Rohayu, Tria dan orang gaji saja yang tau. Asmara pulak yang sedih dengan kematian Zaliya kini murung sedih dan menyimpan dendam terhadap Sahlan kerana menganggap mertuanya punca perpisahan dia dan Zaliya. Apa yang lebih Asmara kesali adalah tak sempat nak menatap wajah Zaliya buat kali terakhir sebelum pengebumian Zaliya.

Asmara cuba tabahkan hati dan cuba berubah demi kasih sayang kepada anak yang dititipkan Zaliya untuknya iaitu Adam. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya mengalami ganguan ingatan, dia tidak kenal sesiapa termasuk dirinya sendiri. Namun selepas Zaliya pulih, Zaliya amat kecewa kerana mengetahui Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.


Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Zaliya dengan image bertudung dan menukar namanya kepada Suhana mengaburkan mata Asmara. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya? Saksikan lanjutan Drama Asmara 2 di TV3 setiap Selasa pukul 9.00 pm – 10.00 pm.

Lagu 6ixth Sense masih lagi menjadi lagu tema kepada Asmara 2.

Laaayyaaaannnn..........

6ixth Sense - Menyesal [OST Asmara]
Klik Untuk Download MP3(klik kanan dan open in new tab)




Lirik :


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/6ixth-sense-menyesal-ost-asmara-1-2.html

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Ulang Korus

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

KREDIT 1, KREDIT 2.


Lagu-Lagu dalam Asmara 2 :

Syah Basree - Andai Itu TakdirMu
muZzy - Hingga Akhir NafasKu
Asfan - Terhenti Di Sini

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger