Monday, March 28, 2011

Mentor 5 Lahirkan 'Voice Copy'?



Panas tak tajuk entry F kali ni? Panas la kot bagi pihak berkaitan. Apa yang di maksudkan dengan ‘Voice Copy’? Maksud dari kiasan itu adalah suara yang sama dengan artis yang sudah sedia ada. Benarkah Mentor 5 kali ni nak lahirkan Protege yang mempunyai suara mirip penyanyi popular tanah air? Takkan para Mentor ini tak sedar yang Protege beliau mempunyai suara yang seakan penyanyi yang sudah bertapak di Industri ini?

Cuba bayangkan kalau Protege itu keluar dari Mentor nanti, ‘laris’ ke mereka di pasaran? Hanya di sebabkan mempunyai suara ‘voice copy’. Memang lah suara mereka merdu di dengar, mana tidaknya kalau sudah mempunyai suara mirip artis popular.

Siapa yang di maksudkan? Ini bukan F saja yang cakap atau menilai suara mereka. Tapi sudah ramai yang cakap perkara yang sama. Suara dia sebijik macam Dato’ Siti Nurhaliza. Suara Tuuut... sebijik macam Faizal Tahir. Wow! Memang artis popular tu, sudah jual beribu-ribu malah berjuta ringgit Album.

F malas nak besarkan cerita, Cuma ini hanya pendapat F dan F tahu ramai yang di luar sana yang setuju dengan F. Shiha! Memang tak asing lagi, suara dia cukup merdu, muka pula cantik. Namun bukan muka yang nak dinilaikan tapi suara dia. Ramai yang kata suara Shiha seiras suara Dato’ Siti. Mula2 F dengar hari tu, suara dia memang ada terdengar kadang2 seperti Dato’ Siti. Malam tadi pula ada Mentor 5 konsert kedua bagi kumpulan A. Sudah semestinya ada Shiha protege kepada Mentor Dato’ Sharifah Aini. F dengar elok2 suara dia, memang seakan Dato’ Siti, nak pulak dia nyanyi lagu zapin tajuk Chandak nyanyian asal Shura. Lagi lah menyerlah kemerduan suara yang di panggil ‘voice copy’ iaitu mirip suara Dato’ Siti. Memang cukup merdu, digandingkan pula dengan Protege Edry, Iqa.

SHIHA


Ini lagi satu, F sebenarnya tak sangka yang Noh Hujan ni boleh jadi Mentor pada musim ni, Yelah, dia masih muda, dia ada ilmu tapi bagi F untuk kita panggil sifu tu terlalu awal. Tapi apa-apa pun, sudah semestinya pihak yang berkaitan mempunyai sebab yang kukuh kenapa pilih Noh sebagai mentor. Ayish protege kepada Noh. Suara dia pada konsert perkenalan dan konsert pertama memang agak mengecewakan. Suara dia ada sahaja yang tidak kena, mungkin tak cukup latihan atau dia belum belajar lagi dari Noh teknik nyanyian yang betul. Tapi apa yang memeranjatkan F konsert malam tadi, suara Ayish totally change. Apa yang di ubatkan oleh Noh agaknya, mungkin selepas menerima teguran dari Dato Ramli MS , Noh bangkit dengan inisiatif sendiri untuk mengasah bakat Ayish.

AYISH


F  ada baca komen di FanPage Mentor 5 di Facebook, yang mengatakan gaya Ayish seperti Faizal Tahir. Betul ke? Yang ni F dah sedar sejak konsert pengenalan lagi. Ingatkan F sorang saja yang perasan, rupanya ada lagi peminat Mentor di luar sana yang mempunyai pendapat yang sama dengan F. F rasa ini mungkin Ayish meminati Faizal Tahir. Ayish pernah akui yang Faizal Tahir adalah salah seorang dari idola beliau.

Biarlah apa2 pun, ‘voice copy’ ke ‘performance copy’ ke minum kopi ke... yang pasti prestasi semua protege mentor sudah nampak peningkatan. F percaya tiap Mentor sedar yang protege mereka ada mirip Artis tempatan, dan mereka akan cuba untuk tidak melahirkan artis yang sedia ada di Malaysia. Mungkin ini satu kebanggaan, mempunyai suara yang mirip artis popular. Ini melambangkan suara mereka sememangnya sedap bukan?

Apa pun F harap protege yang F sangka akan menang ini  kan betul2 menang. Siapakah dia? Tunggu... nanti F bagitahu. Tapi yang pasti sekarang, suara yang sedap di dengar, Ayish, Salmah dan Shiha.


0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger