Friday, March 11, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih [OST Hikayat Merong Mahawangsa]




Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.


Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.


Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios ini berjaya menarik minat sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak bagi menayangkan filem tersebut di negara mereka. Tajuk bagi filem tersebut akan ditukar kepada The Malay Chronicles: Bloodlines.

Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan :


SENARAI PELAKON


Stephen Rahman Hudges(Malaysia/UK) : Merong Mahawangsa
Jing Lu(
UK): Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse (
UK): Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong (
Australia): Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman(
Sweden) : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)


SENARAI KREW & KAKITANGAN
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim  










SINOPSIS


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.


Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.


Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Jangan Lupa Saksikan Di Pawagam Berhampiran
Bermula 10 Mac 2011



Laaayyyaaaannn... 

Anuar Zain - Sedetik Lebih 
[OST Hikayat Merong Mahawangsa]





Lirik :

Setiap Nafas Yang Dihembus
Setiap Degupan Jantung
Aku Selalu Memikirkanmu

Dalam Sedar Dibuai Angan
Dalam Tidur Dan Khayalan
Aku Selalu Memikirkanmu


http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/anuar-zain-sedetik-lebih-ost-hikayat.html
*Ternyata Ku Perlukan Cinta Dari Dirimu Sayang
Barulah Terasa Ku Bernyawa

Korus :
Kasihku…Ku Amat Mencintai Kamu
Kerana Kau Beri Erti Hidup
Ku Kan Terus Mencinta Sedetik Lebih Selepas Selamanya

Di Kala Penuh Ketakutan Dengan Badai Kehidupan
Ku Bersyukur Adanya Kamu
Biarlah Kehilangan Semua Yang Dimiliki Di Dunia
Asal Masih Adanya Kamu

Ulang * & Korus


1 komen korang:

hos getah © 2011 said...

salam sila submit blog anda di http://malaysia.forumms.net/forum
dan serta kan serba sedikit post tentang blog anda di sane,jgn lupa tingakkan url blog anda di sana..
daftar free submit blog free..
sertail kami kta berforum di sana.. TQ
submit di ruangan blog

Post a Comment

 
Powered by Blogger