Friday, March 11, 2011

Terbaru::11 Mac:: Tsunami Dan Gempa Bumi Terbesar di Jepun



Bukan 8.8 tapi 8.9 Skala Richter.













Sebuah Gempa Bumi Besar menghentam Pantai Timur Laut Jepun pada hari Jumaat 11 Mac 2011 (Hari Ini). Gempa bumi sebesar 8.9 Skala Richter  telah mengundang kemunculan Tsunami setinggi 20 kaki. Saksi mengatakan bahawa gempa bumi yang melanda Jepun itu dipercayai sebesar 125 KM berlangsung hanya beberapa minit sahaja.

Ada laporan mengatakan gelombang tsunami tersebut telah memukul Wilayah Miyagi di daerah Sendai,Jepun. Gempa bumi mengakibatkan bangunan, gedung bergegar di sekitar Ibu Kota Jepun. Beberapa kebakaran telah dilaporkan berlaku di Tokyo dan di bahagian-bahagian lain termasuklah sebuah bangunan (gambar di atas) terbakar selepas gempa bumi yang terbesar melanda Pantai Timur Laut Jepun sejak 140 tahun yang lalu.

Gempa bumi tersebut juga mencetuskan tsunami sekitar 10 meter di sepanjang pantai, ianya telah mengakibatkan bangunan, rumah dan kereta di jalan berhampiran serta segala jenis sesuatu habis disapu air..

Satu peringatan ke atas Tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan di Asia Timur dan Pantai Barat Amerika Selatan selepas berlakunya gempa bumi yang melanda Jepun pada hari Jumaat 11 Mac 2011 (hari ini). Peringatan dikeluarkan oleh (Pacific Tsunami Warning Center).

Negara-negara yang yang telah diberi amaran tsunami adalah : Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Guatemala, ElSalvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile , Ecuador Colombia dan Peru.


Malaysia - Amaran Tsunami -- Tsunami yang disebabkan oleh gempa di Jepun, sekarang akan tiba di Sabah antara 6:00pm-12:00am. 
SEMUA ORANG berharap waspada! Sebarkan berita ini..



*F harap Malaysia selamat dari bencana tersebut sebagaimana yang diperingatkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.. Mari kita doakan keselamatan untuk saudara Muslim kita di sana*


0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger