Slot Samrinda di isi lagi dengan sebuah drama yang akan menghuni setiap hati penontonnya. Tajuk 'Ramadhan Terakhir' sesuai ditayangkan ketika bulan ramadhan ini. Drama yang mula ditayangkan 26 Julai setiap hari selasa hingga khamis Jam 10.30mlm - 11mlm. Jangan lepas tontoni drama yang membawa keinsafan kepada watak lakonan pelakonnya.
WATAK DALAM 'RAMADHAN TERAKHIR'
Esma Daniel (Hisham)
Fazlina Ahmad Daud
Tasha Shilla (Sakinah)
Aeril Zafril (Daniel)
Eyka Farhana
Nur Anzalna
PENGARAH
Ungku Ismail Aziz
SINOPSIS RAMADHAN TERAKHIR
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
LAGU TEMA :
Jangan Lupa NamaKu - Pompa Bensin [OST Ramadhan Terakhir]
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)
Lirik :
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/08/jangan-lupa-namaku-pompa-bensin-ost.html
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu
KREDIT 1, KREDIT 2.
0 komen korang:
Post a Comment