Tuesday, September 20, 2011

Kisah Dongeng - Stacy [OST Cinta Elysa]

Slot Lestary TV3 membawakan satu lagi  drama hebat lakonan Johan Ariff dari Drama Juvana yang membawa watak Botak. Drama Cinta Elysa ini dilakonkan oleh Fasha Sandha sebagai watak utama. Dibarisi juga oleh pelakon lain seperti Jalaludin Hassan, Zila Bakarin dan ramai lagi.


Sinopsis :

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kepada Aril ini mahukan Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anaknya sebelum dia pergi meninggalkan dunia. Dia berpesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril merupakan seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda yang bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Dalam keadaannya dibenci, dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar itu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yang menjadi penghalang.

Walaupun Aril ini nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yang kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tidak suka kepada Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa diri bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tidak suka Aril hidup mencari rezeki dengan cara tidak elok. Elysa mahukan Aril mencari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Preview Aril & Elysa




Lagu Tema 

Kisah Dongeng - Stacy [OST Cinta Elysa] 
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)



Lirik :


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/09/kisah-dongeng-stacy-ost-cinta-elysa.html

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


KREDIT 1, KREDIT 2.

0 komen korang:

Post a Comment

 
Powered by Blogger