Thursday, March 31, 2011

Asfan - Terhenti Di Sini [OST Asmara 2]

Lagu dalam Drama Asmara 2. Nyanyian Asfan bertajuk Terhenti Di sini.


Laaaayyyyaaannn......

Asfan - Terhenti Di Sini [OST Asmara 2]
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)





Lirik :

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/asfan-terhenti-di-sini-ost-asmara-2.html

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

KREDIT

Lagu-Lagu dalam Asmara 2 :

Syah Basree - Andai Itu TakdirMu
muZzy - Hingga Akhir NafasKu
6ixth Sense - Menyesal

Syah Basree - Andai Itu TakdirMu [OST Asmara 2]

Salah satu lagu dalam Drama Asmara 2. Nyanyian Syah Basree.


Laaaaayyyyaaaannnn..........

Syah Basree - Andai Itu TakdirMu [OST Asmara 2]
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)

Lirik :

Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya

Chorus
Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu

Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/syah-basree-andai-itu-takdirmu-ost.html

Ulang Chorus

Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu

Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu

Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu

KREDIT

Lagu-Lagu dalam Asmara 2 :

muZzy - Hingga Akhir NafasKu
6ixth Sense - Menyesal
Asfan - Terhenti Di Sini

muZzy - Hingga Akhir NafasKu [OST Asmara 2]

Antara Lagu dalam Drama Asmara 2. Dinyanyikan oleh penyanyi dari Miri Sarawak, muZzy.


Laaaayyyyaaannnn.......

muZzy - Hingga Akhir NafasKu [OST Asmara 2]
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)




Lirik :


Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

(korus)
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/muzzy-hingga-akhir-nafasku-ost-asmara-2.html

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah

(ulang korus)

KREDIT

Lagu-Lagu dalam Asmara 2 :


Syah Basree - Andai Itu TakdirMu
6ixth Sense - Menyesal
Asfan - Terhenti Di Sini

Tuesday, March 29, 2011

TERBARU :: Gambar Pelajar Akademi Fantasia 9 [2011]


Ini dia senarai 12 pelajar AF 9 yang telah berjaya. Enam pelajar perempuan yang terdiri dari LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA manakala 6 pelajar lelaki ialah AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY. 3 orang dari 12 pelajar terbabit adalah bekas rancangan realiti. Siapa?


Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, asal dari Kl, berumur 20 tahun, pelajar IPT Aswara. Pernah memasuki rancangan realiti sebelum ini iaitu Mentor dan menjadi Protege kepada Jaclyn Victor.
Nera atau nama asal Quennera Francine Francis Kitingon, umur 19  tahun asal Sabah, pelajar.


Alif Afif Tirmizie, umur 25 tahun, asal dari Selangor, pekerjaan asal ialah Jurucakap syarikat perniagaan. Pernah memasuki rancangan realiti sebelum ini iaitu Mystarz LG.
Nuratiqah Shariffudin, umur 22 tahun , asal dari KL, pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University.


Azri atau nama asal, Mohamad Azri Abdullah, berumur 24 tahun, pemuzik Gamelan, asal Selangor. Juga pernah menyertai rancangan realiti sebelum ini sama seperti Afif iaitu Mystarz LG.
Roshammizah Rosli, umur 27 tahun, asal Selangor, pekerjaan: Pengajar /tutor di kolej.


Amirullah b Jahari, umur 19 tahun , pelajar Aswara dan asal dari Sarawak.
Laika atau Zulaikha Zahari, umur 22 tahun, asal Cheras, pekerjaan asal dulu berniaga.


Kay atau Nurkahidir Muhid, berumur 22 tahun asal Kuala Lumpur dan bekerja sendiri. 
Aida atau Nursuhada Jebat , berumur 19 tahun, asal dari Melaka, pelajar Uitm Shah Alam.


Lena atau Lenaber bt Hadir, asal Sabah, umur 21 tahun dan bekerja sebagai peniaga. 
Raqib atau Fahrur Raqib b Abd Majid asal dari Melaka, pelajar.

Konsert tirai akan diadakan pada 2 April 2011 jam 9 malam di Astro Ria. Nantikan persembahan 12 pelajar tu, dan yang mana satu kah jadi pilihan anda.

Akademi Fantasia 9 masih mengekalkan Cikgu Shafi dan Cikgu Fatimah Abu Bakar sebagai tenaga pengajar, manakala Cikgu Aris yang pernah muncul dalam Akademi Fantasia 7 kini kembali menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia 9. Bekas pengkritik Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura pula telah terpilih memasuki barisan tenaga pengajar untuk musim ini.

Cikgu Shafi akan memegang jawatan sebagai Guru Vokal Teknikal, Cikgu Aris sebagai Guru Tari, Cikgu Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan, Cikgu Fatimah sebagai Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris dan Adlin Aman Ramli sebagai Guru Seni Lakonan.

Sumber Dari Nurizspace.Com

Monday, March 28, 2011

Mentor 5 Lahirkan 'Voice Copy'?



Panas tak tajuk entry F kali ni? Panas la kot bagi pihak berkaitan. Apa yang di maksudkan dengan ‘Voice Copy’? Maksud dari kiasan itu adalah suara yang sama dengan artis yang sudah sedia ada. Benarkah Mentor 5 kali ni nak lahirkan Protege yang mempunyai suara mirip penyanyi popular tanah air? Takkan para Mentor ini tak sedar yang Protege beliau mempunyai suara yang seakan penyanyi yang sudah bertapak di Industri ini?

Cuba bayangkan kalau Protege itu keluar dari Mentor nanti, ‘laris’ ke mereka di pasaran? Hanya di sebabkan mempunyai suara ‘voice copy’. Memang lah suara mereka merdu di dengar, mana tidaknya kalau sudah mempunyai suara mirip artis popular.

Siapa yang di maksudkan? Ini bukan F saja yang cakap atau menilai suara mereka. Tapi sudah ramai yang cakap perkara yang sama. Suara dia sebijik macam Dato’ Siti Nurhaliza. Suara Tuuut... sebijik macam Faizal Tahir. Wow! Memang artis popular tu, sudah jual beribu-ribu malah berjuta ringgit Album.

F malas nak besarkan cerita, Cuma ini hanya pendapat F dan F tahu ramai yang di luar sana yang setuju dengan F. Shiha! Memang tak asing lagi, suara dia cukup merdu, muka pula cantik. Namun bukan muka yang nak dinilaikan tapi suara dia. Ramai yang kata suara Shiha seiras suara Dato’ Siti. Mula2 F dengar hari tu, suara dia memang ada terdengar kadang2 seperti Dato’ Siti. Malam tadi pula ada Mentor 5 konsert kedua bagi kumpulan A. Sudah semestinya ada Shiha protege kepada Mentor Dato’ Sharifah Aini. F dengar elok2 suara dia, memang seakan Dato’ Siti, nak pulak dia nyanyi lagu zapin tajuk Chandak nyanyian asal Shura. Lagi lah menyerlah kemerduan suara yang di panggil ‘voice copy’ iaitu mirip suara Dato’ Siti. Memang cukup merdu, digandingkan pula dengan Protege Edry, Iqa.

SHIHA


Ini lagi satu, F sebenarnya tak sangka yang Noh Hujan ni boleh jadi Mentor pada musim ni, Yelah, dia masih muda, dia ada ilmu tapi bagi F untuk kita panggil sifu tu terlalu awal. Tapi apa-apa pun, sudah semestinya pihak yang berkaitan mempunyai sebab yang kukuh kenapa pilih Noh sebagai mentor. Ayish protege kepada Noh. Suara dia pada konsert perkenalan dan konsert pertama memang agak mengecewakan. Suara dia ada sahaja yang tidak kena, mungkin tak cukup latihan atau dia belum belajar lagi dari Noh teknik nyanyian yang betul. Tapi apa yang memeranjatkan F konsert malam tadi, suara Ayish totally change. Apa yang di ubatkan oleh Noh agaknya, mungkin selepas menerima teguran dari Dato Ramli MS , Noh bangkit dengan inisiatif sendiri untuk mengasah bakat Ayish.

AYISH


F  ada baca komen di FanPage Mentor 5 di Facebook, yang mengatakan gaya Ayish seperti Faizal Tahir. Betul ke? Yang ni F dah sedar sejak konsert pengenalan lagi. Ingatkan F sorang saja yang perasan, rupanya ada lagi peminat Mentor di luar sana yang mempunyai pendapat yang sama dengan F. F rasa ini mungkin Ayish meminati Faizal Tahir. Ayish pernah akui yang Faizal Tahir adalah salah seorang dari idola beliau.

Biarlah apa2 pun, ‘voice copy’ ke ‘performance copy’ ke minum kopi ke... yang pasti prestasi semua protege mentor sudah nampak peningkatan. F percaya tiap Mentor sedar yang protege mereka ada mirip Artis tempatan, dan mereka akan cuba untuk tidak melahirkan artis yang sedia ada di Malaysia. Mungkin ini satu kebanggaan, mempunyai suara yang mirip artis popular. Ini melambangkan suara mereka sememangnya sedap bukan?

Apa pun F harap protege yang F sangka akan menang ini  kan betul2 menang. Siapakah dia? Tunggu... nanti F bagitahu. Tapi yang pasti sekarang, suara yang sedap di dengar, Ayish, Salmah dan Shiha.


Nidji - Jangan Lupakan [MP3+Video+Lirik]


Laayaaaaaaaannnnn.......

Nidji - Jangan Lupakan
Klik Untuk DownLoad MP3 (klik kanan dan open in new tab)




Lirik :


Ku berjalan terus tanpa henti
Dan dia pun kini telah pergi
Ku berdoa di tengah
Indahnya dunia
Ku berdoa untuk dia yang kurindukan

Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Berselimut di tengah dingin dunia
Berselimut dengan dia yang kurindukan

Would it be nice to hold you...
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you...

Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Bernyanyilah na na na na na
Bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

Would it be nice to hold you...
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you...

Jangan pernah lupakan aku
Jangan hilangkan diriku
Jangan pernah lupakan aku
Jangan hilangkan diriku
Jangan pernah lupakan aku
Jangan pergi dari aku

KREDIT

Sunday, March 27, 2011

6ixth Sense - HarusKah (MP3 + Lirik)


Lagu-Lagu 6ixth Sense semestimya ngetop. Satu lagi lagu mereka yang agak sedap di dengar. F kongsikan di sini.

Laaayyyaaannnnnnn.........

6ixth Sense - HarusKah
Klik Untuk Download MP3 (klik kanan dan open in new tab)




Lirik :


Sewaktu aku buktikan
Kaulah di hatiku mengingkarimu
Tapi masih ku rasakan kebencianmu
Pada diriku

Cuba fahami mahumu
Fahami dirimu sepenuh hatiku
Tapi masih ku rasakan
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/6ixth-sense-haruskah-mp3-lirik.html
Keraguanmu pada diriku

Tinggalkan aku
Musnah ku mati keranamu
Kerana ku takkan melupakan
Dirimu yang selalu ku ingin
Maafkan kesalahanku

Haruskah aku mati keranamu
Kerna ku takkan melupakan
Dirimu yang selalu ku ingin
Maafkan kesalahanku

Haruskah aku mati keranamu
Kerna ku takkan melupakan
Dirimu yang selalu ku ingin
Maafkan kesalahanku



KREDIT

Friday, March 25, 2011

6ixth Sense - Menyesal [OST Asmara 2]

Drama Asmara 1 mendapat sambutan dari penonton tidak lama dulu. Kini, Asmara 2 pula menyusul dengan lebih drama, pengorbanan, penderitaan dan kasih sayang. Drama 13 episod ini membarisi pelakon tanahair iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).


Sinopsis :

Cerita bersambung dari Asmara 1, Zaliya yang dikatakan meninggal dunia namun sebenarnya dia hanya  koma. Bapa Zaliya menipu Asmara mengatakan bahawa Zaliya telah meninggal dunia. Rahsia tu cuma Sahlan, Rohayu, Tria dan orang gaji saja yang tau. Asmara pulak yang sedih dengan kematian Zaliya kini murung sedih dan menyimpan dendam terhadap Sahlan kerana menganggap mertuanya punca perpisahan dia dan Zaliya. Apa yang lebih Asmara kesali adalah tak sempat nak menatap wajah Zaliya buat kali terakhir sebelum pengebumian Zaliya.

Asmara cuba tabahkan hati dan cuba berubah demi kasih sayang kepada anak yang dititipkan Zaliya untuknya iaitu Adam. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya mengalami ganguan ingatan, dia tidak kenal sesiapa termasuk dirinya sendiri. Namun selepas Zaliya pulih, Zaliya amat kecewa kerana mengetahui Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.


Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Zaliya dengan image bertudung dan menukar namanya kepada Suhana mengaburkan mata Asmara. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya? Saksikan lanjutan Drama Asmara 2 di TV3 setiap Selasa pukul 9.00 pm – 10.00 pm.

Lagu 6ixth Sense masih lagi menjadi lagu tema kepada Asmara 2.

Laaayyaaaannnn..........

6ixth Sense - Menyesal [OST Asmara]
Klik Untuk Download MP3(klik kanan dan open in new tab)




Lirik :


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/6ixth-sense-menyesal-ost-asmara-1-2.html

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Ulang Korus

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

KREDIT 1, KREDIT 2.


Lagu-Lagu dalam Asmara 2 :

Syah Basree - Andai Itu TakdirMu
muZzy - Hingga Akhir NafasKu
Asfan - Terhenti Di Sini

Gambar & Video :: Cuba Bunuh Diri Di KB Mall

Seorang gadis cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan sekitar pukul 4 petang 24 Mac 2011. Sebab yang pasti tidak diketahui. Namun dengar dari keterangan orang ramai, gadis tersebut cuba membunuh diri gara-gara terlanjur dengan teman lelaki dan tidak tahu hendak sorok muka di mana lalu membuat keputusan untuk terjun dari bangunan. Ada juga mengatakan gadis tersebut kecewa dengan keputusan SPM yang diperolehi. WaAllahualam.

Ini antara gambar yang sempat di ambil oleh orang ramai yang berdekatan. 




Ini pula yang di rakam.


Sebelum gadis tersebut jatuh.


Ini semasa gadis tersebut jatuh ketika percubaan menyelamat.

Gadis itu dilaporkan hanya cedera ringan kerana Pasukan Penyelamat Bomba sudah menyediakan pelampung/tilam di bawah bagi menyelamatkan gadis tersebut.

*F amat simpati dengan gadis tu dan keluarga dia, first F dapat berita ni kat rakan FB, yang nak keluar dari mulut F ni cuma b***h. Tapi kita ni manusia, terkadang alpha dan lalai, datang pula syaitan yang sangat rajin menghasut keturunan Nabi Adam ni. Apalah nasib dia.. apalah masalah sebenar dia.. macamanalah mak ayah dia... Harap sangat gadis tu insaf dan tak buat lagi lepas ni. Perkara sebegini dilaknat Allah. Neraka tempatnya. Allhamdulillah dia masih selamat, sempat lagi dia nak bertaubat dan pilih jalan yang betul.*

KREDIT 1, KREDIT 2, KREDIT 3.

Wednesday, March 23, 2011

Siapa Banyak Duit?

Agaknya apalah F nak membebel dalam entry Cakap-Cakap kali ni. Pasal duit ni, F agak sensitif sikit. Bukan apa, bukan senang nak cari duit ni tapi kalau dah ada depan mata macam nak ngap sekali gus. F ni cuma petani apalah sangat pendapatan duit ni kan (nagih simpati la pulak).

Apa yang F nak kongsikan hari ni mengenai antara ‘orang lama’ dengan ‘orang baru’ siapa sebenarnya yang banyak duit?



Orang lama tu maksud dia atuk, tokki, nenek yang setara dengannya lah. Orang baru pula, orang muda zaman sekarang.

Kalaulah nak di fikir secara logik, orang muda sekarang belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, kereta besar-besar, rumah mewah-mewah. Kalau nak di bandingkan dengan orang lama, duduk di kampung, rumah bagai nak goyang di tiup angin, makan ala kadar, kadang tu tak makan katanya tak ada selera. Tapi hakikat sebenar, kita ni sedar atau tak?

Orang lama lebih kaya dari dari orang muda yang bergaji besar. Kenapa F cakap macam tu? Satu kelebihan bagi orang lama, diorang suka menyimpan. Kalau dah simpan susah nak bawa keluar. Sebab apa? Sebab malas nak ulang-alik pergi bank. Diorang mana reti nak guna kad ATM macam orang muda ni. Kalau orang muda ni, jalan selangkah dah ada mesin ATM, tunggu nak cucuk je terus keluar duit. Sedar tak sedar rupanya duit dalam ATM tinggal RM10. Dah tu apa lagi, pakai Kad Kredit la pula. Pergi kedai tu srek, pergi kedai ni srek, pergi pasar raya tu srek, habis semua nak di ‘srek’nya. Cukup bulan botak kepala nak bayar.

Orang muda zaman sekarang banyak harta, bangunan tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat. Tapi alik-alik rebut tanah dengan adik-beradik jugak. Tanah siapa? Tanah wasiat/pusaka jugak. Orang lama kaya dengan tanah, tanah sekarang harga bukan seringit dua, mencecah juta-juta. Kalau di jual tak ke jutawan jadinya. Orang muda tak sedar, harta dengan duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit. Jadi, fikir-fikirkanlah mana yang terbaik.

Nazim Othman - Cinta [Second OST Begitukah Cinta]


* F tak sangka pulak yang Nazim Othman pelakon dalam Begitukah Cinta yang masih ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis Pukul 7pm-8pm ni pandai menyanyi. Lunak pulak tu suara dia. F tengok gak cerita, F nak cari tahu jugak siapalah gerangan yang nyanyikan lagu mendayu2 dalam drama tu. Rupa2nya hero dia 'Nazril'. Memang best suara dia. Lagu yang slow2 gitu memang sedap di dengar. F kongsikan MP3 di bawah untuk di download.*

Lagu Tema OST kedua yang terdapat dalam drama Begitukah Cinta.

Nazim Othman - Cinta [Second OST Begitukah Cinta]
Klik Untuk Download MP3

Lirik :

Dengar bisikan rindu ku kepada dirimu sayang
Namamu takkan terpadam di jiwaku

Tak sanggup ku menanti masanya
Untuk ku hidup bersama kamu selama-lamanya

Apa yang ku ingin ku pasti kan terjadi,kasih
Ku impikan mahligai
yang penuh ku hiasi dengan bunga-bunga hati
Ranjau penuh duri juga lautan api
Gagah aku redahi
Tak mungkin akan ku lupakan segala janji
pada dirimu

Oh sayang..
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/nazim-othman-cinta-second-ost-begitukah.html
Ku pinta, ku rayu
jangan kau pergi dariku

Hatiku hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi ku

Hidup tak bererti hilang tiada berganti
Cintaku Cinta sejati
Hatiku..
Hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi.... ku

Oh sayang
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
Cinta



**Lagu Tema OST yang asal adalah lagu dari Akim - Janji. Anda boleh dapatkan MP3 dan lirik (sila klik link di bawah).




Tuesday, March 22, 2011

Aku 'Fedup’ Lah BF/GF Aku Suka Bagi Alasan Bila Ajak Keluar

Panjangnnya tajuk F kali ni. Kalau cakap pasal pasangan ni, F bukan lah arif sangat tapi sekadar ingin berkongsi tu boleh lah. F pun pernah ‘fed up’ jugak dengan somebody kalau cukup suka bagi alasan. Kalau korang plak ‘fedup’ pasal apa? Pasal korang ajak keluar tapi dia macam mengelak nak keluar.

Sebenarnya orang yang suka bagi alasan ni mesti ada sebabnya. Itu kita kena pastikan sendiri apa sebab dia. Apa yang F kaji sebelum ni, ada lah beberapa sebab yang selalu je orang bagi alasan.

Yang pertama :: sudah semestinya dia tak suka atau tak setuju. Orang ni kadang tu tak suka cakap depan-depan atau lebih mudah cakap terang-terang tanpa berlapik. Dorang cakap pun berlapik dan bagi kita plak dorang ni suka bagi alasan. Buat kita menyampah kadang tu betul tak? Tapi hakikatnya kita tak memahami sebetulnya. Dia bagi alasan sebab tak mahu kita tahu yang sebenarnya dia tak suka apa yang kita suggest kan tu. So, mudah bagi dorang, dorang cipta alasan sendiri asalkan kita percaya dengan alasan dorang tu. Biarpun kadang tu alasan tu dah lapuk di zaman.

Yang Kedua :: ofcoz la dorang ni menipu. Mana ada orang dalam dunia sekarang ni tak menipu, tak kiralah menipu sunat or menipu wajib (ade ke? F pun tak pasti, dengar orang selalu sebut je, hehe..). Kaki Tipu a.k.a. Kaki Alasan! Boleh ke kalau nak titlekan macam tu. Tak kisah lah tapi yang pasti kalau nak bagi alasan tu selalunya memang dorang akan menipu. Tapi tak semestinya dorang tipu tu atas sebab yang tak baik. Mungkin nak jaga hati kita, maka terciptalah alasan. Janganlah kita cepat mengandaikan yang alasan dorang tu saja nak memperbodohkan kita.

Yang Ketiga :: Alasan ooo Alasan.... alasan dengan manusia ni memang susah nak pisahkan. Ada jugak orang yang hidup bergantung dengan alasan ni. Biarpun alasan tu tak munasabah tapi kalau dah orang yang di tipu itu percaya, maknanya alasan itu berjaya. Sebagai contoh “ i tak dapat jumpa u petang ni, coz mak i sakit”.. ada jugak orang yang macam ni, suka main2kan sakit ni, bagi kita pulak mudah percaya, yalah pasal sakit siapa yang tak percaya. Tak kiralah alasan nenek sakit, atuk sakit, adik sakit, asal yang sakit je ofcoz kita percaya. Tapi kita tak sedar itu Cuma alasan atau penipuan sahaja. Maka hati2lah ye orang di luar sana, kalau boleh siasat dulu. Tapi jangan terlampau prajudis, sampaikan mak dia betul2 sakit tapi kita tetap tak percaya.

Zaman serba canggih sekarang ni macam2 boleh terjadi. So, bergantung pada diri kita macam mana nak lalui hari2 kita tanpa kita menjadi mangsa dengan dugaan dunia ini.



*ni jela F nak kongsikan, walaupun tak seberapa tapi Cuma nak orang di luar sana berhati2*

Sunday, March 20, 2011

Adi Mentor - Suatu Ketika [OST Gemilang]


Impian Yang Kini Menjadi Satu Harapan

Drama yang ditayangkan di TV3 sejak pengakhiran Januari lalu mendapat tempat dihati penonton. Dengan memaparkan kisah kepayahan hidup, kisah mempunyai semangat memcipta sesuatu yang baru, kisah perhubungan keluarga yang terpisah dari kecil dan kisah percintaan di antara kawan baik membuatkan drama ini menjadi salah satu drama yang tidak akan dilepaskan oleh penonton pada tiap-tiap malam isnin.

Sinopsis :

Pelakon Shahz Jazle diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah. Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah. Ruhana yang mempunyai hati dengan Saifullah namun di bidas olehnya. Lalu Ruhana mempermainkan cinta Umar bagi membuat Saifullah sakit hati. Pergolakkan berlaku di antara dua rakan baik itu di sebabkan api-apian dari Ruhana. Saksikan kisah selanjutnya di TV3.

Para pelakon dalam Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong). TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam.

Lagu yang di dendangkan oleh Adi Mentor ini menjadi lagu tema kepada drama ini bertajuk Suatu Ketika.

Laaayyyaaannnn.........

Adi Mentor - Suatu Ketika [OST Gemilang]
Klik Untuk Download MP3(klik kanan dan open in new tab)



Lirik :

Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/adi-mentor-suatu-ketika-ost-gemilang.html
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka


[3 SUARA] Jac, Ning, Shila - Di Mana Di Mana [MP3+Lirik+Video]



Lagu baru dari album 3 Suara, dari 3 srikandi hebat Malaysia, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Lagu Dimana Dimana ini adalah salah satu dari album mereka yang hangat berkumandang di corong radio pada awal tahun ini.

*Acctually F baru dengar lagu ni dalam konsert Jom Heboh baru2 ni. Mula2 F tertarik nak dengar sebab F just nak tengok Shila (fan shila nih... hehe). Tapi bila F dengar lagu ni sampai habis macam best la plak,F ape lagi kan, terus muat turun. Dengar hari2 biar sampai bosan. So, sekarang just nak kongsi dengan semua, lagu ni memang best. Apa lagi?*

Laaayyyyaaaaaaaaaannnnnnn.......

Di mana Di mana - Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura
Klik Untuk Download Mp3 (klik kanan dan open in new tab)





Lirik :

Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah

Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/3-suara-jac-ning-shila-di-mana-di-mana.html
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo

Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku

KREDIT

Tuesday, March 15, 2011

Tips Elak Jenayah Siber



Sebagaimana yang kita tahu sekarang terlalu ramai orang menggunakan internet sebagai aktiviti harian, tidak kira untuk pekerjaan, belajar atau apa-apa yang menjadi keperluan orang zaman sekarang. Namun sedarkah kita, jenayah yang tidak hanya berlaku di alam nyata sahaja, akan tetapi ianya tetap berlaku di alam maya. Justeru, bagi kita yang selalu menggunakan internet setiap hari, jangan ambil mudah terhadap perkara sebegini. Banyak yang berlaku di negara kita sendiri, ada yang di tipu beribu-ribu ringgit, tergadai maruah dan macam-macam lagi hal yang berkaitan dengan siber ini. Dan semua itu tidak mustahil berlaku kepada anda. Di sini ada beberapa tips untuk anda mencegah sebelum terlambat.
  • Jangan balas mesej yang bertanyakan maklumat mengenai diri anda. Terutama maklumat kewangan anda contoh akaun bank anda. Jika anda was-was, jangan sesekali memberi maklumat tersebut melainkan ianya boleh dipercayai seperti Laman Web yang sudah mempunyai muhibah, contoh laman web kerajaan.
  • Jangan berkongsi masalah peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia menghadapi bahayanya. Segelintir remaja sekarang suka berkongsi masalah, tapi akhirnya kecundang dengan ayat-ayat manis yang di beri sebagai ayat pujukan. Berhati-hati dengan perkara sebegini, tidak semua orang yang berada di alam maya boleh kita percaya 100%.
  • Pilih nama yang  tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang. Seelok-eloknya sebegitu, memandangkan penjenayah siber (lelaki) akan mencari mangsa (perempuan) melalui nama singkatan anda (nickname).
  • Simpan mesej yang menganggu dan mengancam anda. Jika anda menerima apa-apa mesej dari laman web yang anda tidak kenali dan ianya mengancam anda. Dengan segera, Emelkan ia kepada Malaysia Computer Emergency Respone Team [MyCERT] di cyber999@cybersecurity.my.
  • Lakukan carian ke atas diri anda menggunakan enjin carian yang terdapat di internet sebagai contoh Google bagi memastikan tiada maklumat peribadi tentang diri anda dipaparkan oleh orang lain. Jika terdapat maklumat anda yang tersebar di sesetengah laman, sila mendapatkan khidmat nasihat daripada Cyber Securitty Malaysia.
  • Jika anda melayari sesuatu laman web, anda merasakan ada yang tidak kena dan berasa kurang selesa, segera log keluar dari laman tersebut. Kadang kala laman web yang sebegini selalu keluar Pop Up ke skrin anda. Tutup laman tersebut sekiranya ianya laman yang tidak berkaitan.
  • Elakkan melayari laman web lucah, melalui laman web lucah, banyak penjenayah yang kita tidak sedari akan menggunakan taktik mudah untuk memperdayakan kita. Ianya juga mendatangkan bahaya kepada komputer anda, selalunya laman web lucah ini boleh menyebabkan komputer anda menerima virus.
Jika anda ada pertanyaan atau untuk maklumat lebih lanjut, jangan segan-segan layari laman web security Malaysia.




Klik Gambar Untuk Ke Laman
Talian CyberSecurity Malaysia : 1-300-88-2999

*F selalu dapat email dari entah siapa tak tahu, suruh isi maklumat F, selalunya datang dari luar negara. F pernah isi sekali dulu, F cuma bagi alamat dan no telefon. Beberapa minggu lepas tu, F terima surat iklan macam2, lepas tu handphone F tak henti2 masuk mesej yang suruh kita daftar percuma, padahal Kredit kite kena tolak lepas tu.. member F pernah kena, topup RM10 tak sampai 10minit dah habis. Hati-hatilah anda semua dengan jenayah siber ni, cukup bahaya*

Friday, March 11, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih [OST Hikayat Merong Mahawangsa]




Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.


Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.


Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios ini berjaya menarik minat sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak bagi menayangkan filem tersebut di negara mereka. Tajuk bagi filem tersebut akan ditukar kepada The Malay Chronicles: Bloodlines.

Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan :


SENARAI PELAKON


Stephen Rahman Hudges(Malaysia/UK) : Merong Mahawangsa
Jing Lu(
UK): Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse (
UK): Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong (
Australia): Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman(
Sweden) : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)


SENARAI KREW & KAKITANGAN
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim  










SINOPSIS


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.


Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.


Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Jangan Lupa Saksikan Di Pawagam Berhampiran
Bermula 10 Mac 2011



Laaayyyaaaannn... 

Anuar Zain - Sedetik Lebih 
[OST Hikayat Merong Mahawangsa]





Lirik :

Setiap Nafas Yang Dihembus
Setiap Degupan Jantung
Aku Selalu Memikirkanmu

Dalam Sedar Dibuai Angan
Dalam Tidur Dan Khayalan
Aku Selalu Memikirkanmu


http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/anuar-zain-sedetik-lebih-ost-hikayat.html
*Ternyata Ku Perlukan Cinta Dari Dirimu Sayang
Barulah Terasa Ku Bernyawa

Korus :
Kasihku…Ku Amat Mencintai Kamu
Kerana Kau Beri Erti Hidup
Ku Kan Terus Mencinta Sedetik Lebih Selepas Selamanya

Di Kala Penuh Ketakutan Dengan Badai Kehidupan
Ku Bersyukur Adanya Kamu
Biarlah Kehilangan Semua Yang Dimiliki Di Dunia
Asal Masih Adanya Kamu

Ulang * & Korus


Terbaru::11 Mac:: Tsunami Dan Gempa Bumi Terbesar di Jepun



Bukan 8.8 tapi 8.9 Skala Richter.













Sebuah Gempa Bumi Besar menghentam Pantai Timur Laut Jepun pada hari Jumaat 11 Mac 2011 (Hari Ini). Gempa bumi sebesar 8.9 Skala Richter  telah mengundang kemunculan Tsunami setinggi 20 kaki. Saksi mengatakan bahawa gempa bumi yang melanda Jepun itu dipercayai sebesar 125 KM berlangsung hanya beberapa minit sahaja.

Ada laporan mengatakan gelombang tsunami tersebut telah memukul Wilayah Miyagi di daerah Sendai,Jepun. Gempa bumi mengakibatkan bangunan, gedung bergegar di sekitar Ibu Kota Jepun. Beberapa kebakaran telah dilaporkan berlaku di Tokyo dan di bahagian-bahagian lain termasuklah sebuah bangunan (gambar di atas) terbakar selepas gempa bumi yang terbesar melanda Pantai Timur Laut Jepun sejak 140 tahun yang lalu.

Gempa bumi tersebut juga mencetuskan tsunami sekitar 10 meter di sepanjang pantai, ianya telah mengakibatkan bangunan, rumah dan kereta di jalan berhampiran serta segala jenis sesuatu habis disapu air..

Satu peringatan ke atas Tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan di Asia Timur dan Pantai Barat Amerika Selatan selepas berlakunya gempa bumi yang melanda Jepun pada hari Jumaat 11 Mac 2011 (hari ini). Peringatan dikeluarkan oleh (Pacific Tsunami Warning Center).

Negara-negara yang yang telah diberi amaran tsunami adalah : Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Guatemala, ElSalvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile , Ecuador Colombia dan Peru.


Malaysia - Amaran Tsunami -- Tsunami yang disebabkan oleh gempa di Jepun, sekarang akan tiba di Sabah antara 6:00pm-12:00am. 
SEMUA ORANG berharap waspada! Sebarkan berita ini..



*F harap Malaysia selamat dari bencana tersebut sebagaimana yang diperingatkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.. Mari kita doakan keselamatan untuk saudara Muslim kita di sana*


Wednesday, March 09, 2011

MEET UNCLE HUSSAIN - PUTIHNYA LUKISAN

MUH yang asal


Sebuah Band yang dulunya popular sebagai Band Underground, mempunyai peminat-peminatnya sendiri sejak ianya ditubuhkan lagi. Band ini dikenali sebagai Meet Uncle Hussain sejak 2001 lagi dengan lagu-lagu best yang menjadi bualan peminat. Tapi sayangnya pada tahun 2009, Lan sebagai vokalis utama menarik diri keluar dari band tersebut di atas sebab perselisihan faham. Lan keluar bukan sebagai penyanyi dengan suara kosong, dia bangkit dengan group yang dinamai Azlan & The Typewriter.  

Meskipun begitu, warga asal MUH, tidak patah semangat, biarpun mereka tidak mempunyai vokalis tetap, mereka mencari vokalis sementara bagi menyanyikan lagu mereka, (boleh dikatakan feat). Lagu Drama King yang menjadi Juara di Anugerah Juara Lagu 25, MUH memilih Black Mentor sebagai vokalis sebagai penyanyi bagi lagu tersebut.

Sekarang MUH bertapak di dunia seni tanpa vokalis tetap, berita terbaru yang diterima bahawa MUH menafikan Hazama sebagai vokalis tetap MUH. Hazama hanya penyanyi sementara bagi menyanyikan lagu mereka. Itu apa kata mereka.

*masa F tengok konsert JOM HEBOH di Kuala Terengganu baru2 ini, Hazama menyanyikan lagu MUH dengan bagus, biarpun ianya masih baru dengan lagu-lagu MUH yang agak tinggi, tapi pencapaian suaranya boleh dipuji, menyanyikan kan lagu MUH tanpa henti, salah satu lagu yang dinyanyikannya ialah lagu ini.*

Laaayyyaaaaaannn.........

MEET UNCLE HUSSAIN - PUTIHNYA LUKISAN
klik untuk download MP3




Lirik : 

Oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang di sana sedang menakluk dunia
yang di sini ditimpa malapetaka

Oh dunia harini
oh sedihnya
oh tanah dijajah lagi
oh kejamnya

*
Jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh
http://kukongsilamanku.blogspot.com/2011/03/meet-uncle-hussein-putihnya-lukisan_08.html

Oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

Oh maruah dijual beli
oh murah nya
oh bumi terbelah lagi
oh bencana

ulang (*)

oh oh oh oh oh oh dan oh lagi


 
Powered by Blogger